assalamualaikum.
rasanya lama betul aku x update blog aku ni. sejak cuti sampai sekarang baru la aku ada masa nak update. almaklum la rumah takde internet. balik u jer dah banyak sangat kerja nak buat. ni pun aku melapangkan diri untuk menulis. haha.
13 julai haritu adalah hari lahir aku. mula2 aku ingatkan hari lahir aku tu adalah hari yang paling x seronok sebab 2 hari sebelum besday aku tu balqis macam bengang lain sangat. dia asik sebut pasal kisah lama aku yang sebenarnya dah x berlaku lagi sekarang. dia asik sebut pasal seorang perempuan yang dulu pernah dikaitkan dengan aku. punya la tension. puas aku beritahu yang aku xde ape2 perasaan dengan dia. aku cuma ada dia. tapi dia tetap berkeras untuk kaitkan aku dengan perempuan tu. malam besday aku tu hampir menangis aku dibuatnya. mesej aku x dibalas, im aku pun dia x endah. hampir gila aku dibuatnya. tapi aku dapat lupakan kejap pasal hal tu masa member2 aku terutama dak lelaki group F dengan family terancang sambut besday aku. mandi ramuan aku malam tu. bau jangan cerita la. ntah apa yang diorang letak pun aku x tau.hahahaha. esoknya aku pergi kelas cam biasa. sumpah, itu hari mood aku paling teruk. aku x bercakap dengan siapa2, senyum pun x sampai ke petang. akhirnya, petang tu aku dikejutkan dengan satu surprise yang sikit pun aku x jangkakan. rupanya balqis sengaja buat aku macam tu sebab dia nak buat surprise celebration untuk aku. dia datang dengan kek. terkesima aku dibuatnya. kalau boleh pengsan, dah lama aku pengsan dah. haha. thanx balqis for the cake. aku sangat hargai sebab itulah kali pertama aku diperlakukan macam tu.
hujung minggu tu aku balik parit raja sebab mid sem break. sekali lagi aku tekena. puas aku lari dari member2 aku tapi akhirnya diorang dapat kenakan aku. dekat rumah aku pulak tu. tepung, telur, air lngkang semua kena. pedih2.inilah kali pertama aku "disambut" sampai 3 kali. kenangan2. haha..
apepun terima kasih buat semua yang wish besday aku. kepada semua family terancang, budak2 group F, gang parit raja dan yg teristimewa asilah balqis, thanx sebab ingat n celebrate besday aku. aku akan ingat sampai bila2..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan