Rabu, 11 April 2012

sering aku bertanya...
mengapa hati ini menangis..
namun tiada aku ketemu jawapan...
keras ego ini menafikannya..
namun hakikat yg ditelan sebaliknya..
luahan perasaan melalui melodi..
terbuku tersimpan dalam sanubari..
hanya tuhan yg mengerti lembaran hati ini....
berkali tertusuk tapi tak pernah pulih..
penawar dicari racun yg diberi..
luka yg ternganga dijahit belati...
helaan nafas menyebut rindu..
benak fikiran terbayangkan kamu..
harapanku hanya milikimu..
walauku tahu mustahil berlaku..
bodohkan aku kerana setia..
kepada rasa yg hanya sehala..
mampukah aku terus bertahan... 
seperti eiffel yg gah...
dikelilingi merpati berkasih...
jodoh bukan milikku..
itu pasti ku tahu...

i

Isnin, 2 April 2012

Budak Degree.....

Assalamualaikum..

Dah berkurun lamanya aku tak buka blog aku ni...rasanya rindu pulak nak menulis..so..alang2 aku tak boleh tidur ni baiklah aku update sikit blog aku yang tak seberapa ni...maklumla rumah aku sekarang takde internet lagi..ni pun pinjam broadband housemate..mulai 5 mac haritu..aku bergelar seorang pelajar ijazah sarjana muda UiTM...fuhhh...sesuatu yang aku tak pernah mimpi dapat ambik degree..course yang aku dapat...

"IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KOMMUNIKASI DAN MEDIA MASSA (KEPUJIAN) PERHUBUNGAN AWAM"

Fuhhhh...panjang nama dia ni....bila aku rasmi jadi seorang pelajar jurusan ni, secara rasminya aku dah bertukar lagi bidang aku...dari bidang teknikal zaman SPM, ke undang2 zaman asasi dan sekarang aku dekat bahagian kommunikasi..hahahah.....harap2 bidang ni la jalan aku sampai ke waktu kerja nanti...penat nak tukar2 ni...hahah...jauh bebenar menyasar dari zaman sekolah dulu...apa boleh buat...hahaha...sekarang aku duduk dekat rumah sewa(tak dapat asrama...sodih haa...)..tapi alhamdulillah la jumpa rumah ni dekat seksyen 7...duduk besama 14 orang (mula2 12 orang...tapi tambah lagi 2 orang...)...setakat ni alhamdulillah...cuma keadaan rumah belum cukup sempurna dan kitorang bersiap nak cari rumah baru sebab rumah ni cuma 3 bulan je...tuan rumah nak jual rumah ni...harapannya dapat la jumpa rumah ganti....takan nak berkhemah dean fakulti pulak...hahah...setakat ni tulisan aku....nak sambung buat assignment movie review...tak siap2....hahah...
adios