Khamis, 20 Januari 2011

Hari Yang Indah

Assalamualaikum

hari ini hari khamis, 20 januari 2011. kenapa aku highlight hari ni hari yg indah?? sebab hari ni aku dapat brsama dengan si dia. ini kali ke 2 aku dapat bersama dengan dia. walau dia masih belum menjawab perasaan yg pernah aku persoalkan dulu, tapi aku rasa sangat puas bila dapat jalan2 dengan dia, bergurau-senda, makan kat kfc Berjaya Megamall. walau sakit lengan aku akibat cubitan sbb aku x habis2 menyakat die, tapi kesakitan yg aku rasa secara zahirnya tu bertukar menjadi suatu perasaan yg x dapat aku gambarkan dalam hati aku. walau macam mana aku bergurau, menyakat, memperli dia, sikit pun aku x nampak kemasaman muka, marah @ yg sewaktu dengannya. yang aku lihat cuma senyuman & gelak tawa dihiasi senyuman manis. itu yg membuatkan aku terus terjatuh ke dalam lubuk cinta yg paling dalam. dia memang istimewa. dia boleh tahan perangai gila aku yg sangat gila nie. boleh lg senyum bila aku menyakat(nak kata mengutuk pun cm boleh juga la). x mengada-ngada. x menggedik macam sesetengah perempuan yg pernah aku kenal dulu. itu yg membuatkan aku tertawan dengan dia.  aku ingat lagi peristiwa semalam time kat dalam bas lepas habis training futsal. budak2 terancang 'bahan' aku dengan dia habis-habisan. aku rasa kalau aku jadi dia memang bengang seribu kata. tapi dia bleh gelak2, rilek & cool. aku memang x sangka. bila aku kira balik. dh lebih kurang 6 bulan aku tunggu dia. wah...lama gak 2. walau dah stengah tahun aku menunggu dia. sikit pun perasaan aku x pernah pudar. aku rasa semakin hari semakin kuat perasaan aku terhadap dia.
Balqis....
walau kau x bagi jawapan tentang hati aku ni. aku tetap akan tunggu kau. aku  akan berhenti berusaha untuk mendapatkan kau. aku x kisah kalau satu dunia ketawakan aku sebab x henti2 menunggu kau. sbb aku akan stia menunggu. sbb kau dah 'culik' hati aku. kau kurung hati aku dalam sangkar rindu yg membuat aku x boleh melupakan kau. cuma kau belum mngizinkan aku mengambil hati kau sebagai gantinya. xpe. aku akan tunggu masa tu. aku berdoa & berharap masa tu akan menjadi kenyataan. sekali kau beri aku peluang tu. x akan aku sia2kan. sebab aku tau. peluang tu x akan datang untuk kali yg kedua. 

Rabu, 19 Januari 2011

Luahan Hati Kembali

Assalamualaikum

setelah lama aku memendam perasaan ini. walau telah ku luahkan apa kata isi hati ini. walau kesabaran yg aku tempuhi. pelbagai usaha telah aku jalankan. namun aku sedar. mungkin diri ini tidak layak utk menjadi pilihan dikau. aku bukan berpatah semangat. jauh sekali utk aku brhnti dari menaruh harapan terhadap dirimu. kau umpama bidadari dalam hidupku. kau ibarat tiang seri yg memberi pesona disebalik tiang2 penyokng yg tetap kukuh menongkatku. tanpamu, aku rasa kekosongan. tanpamu, aku rasa kehilangan. sukar untuk aku gambarkan jika tanpa dirimu. walau kau belum cukup ku kenali. tapi kau mempunyai suatu jenis dadah perangsang yg menjadikan aku selalu ingin melihatmu, berbicara dnganmu, memikirkanmu. 
setiap malam ku berharap agar dapat mimpikan dirimu. moga terubat rindu walau seketika tidak bertemu. setiap malam ku tunggu lampu hijau dari profil facebook mu semata untuk aku menghubungimu.maafkan daku jika kau tidak selesa.maafkan daku jika apa yg aku lakukan mengganggu kehidupan mu. aku cuma mahu kau menjadi milikku. aku mahu kau mnjadi suri dalam mahligai hatiku. ku pilih kamu kerana kau puteri dalam hidupku. sperti maksud indah disebalik namamu. wahai ratu yg asli. kau memang ratu dalam hidupku. kau asli kerana kau x perlu menjadi seserang yg lain untuk aku memperjudikan perasaanku pada cintamu yg tak pasti. aku sanggup mengambil risiko yg kau ingin beri. walau pahit akan aku telan jua. 
kau ibarat permata didalam hiasan kaca. walau indah dimata namun ianya hanya untuk ditatap. tidak dapat disentuh kerana tembok kaca telah gah mempertahankanmu. aku sedar betapa sukar utk aku terus menatap. aku juga sedar betapa sukar utk aku mendapatkanmu. ingin ku buka tidak berjaya, ingin ku pecah pasti luka menanti tanganku. jika kau membaca apa yg telah ku tulis ini, ingin ku perjelas bahawa ini bukan tinta cinta berdarah. ini juga bukan rayuan utk kau menerima cintaku. ia cuma sekadar menjadi satu luahan dari lubuk hati yg dalam. sebagai perantara jika terkelu lidahku ketika berbicara. kerana walau ku jumpa ramai wanita, kau tetap bisa menandingi mereka. kerana kaulah seorang ratu yg asli yg bertakhta dijiwa ku.....''Asilah Balqis''

Jiwaku Yg Celaru

Assalamualaikum.

Kehidupan ada pasang surutnya. kadangkala kita diatas, kadangkala kita kat bawah pulak. ada waktu kita bersuka ria, ada waktu kita terpaksa berduka lara. ni semua adat & rencah kehidupan yg normal. xde la org yg kat dunia nie yg bahagia dari lahir sampai mati.

Sama juga dengan kehidupan aku. pasang surut 2 aku x boleh nk elakkan lg dah. normal kn. tapi sejak kebelakangan nie aku rase mcm ade yg x kena dengan diri aku. something yg aku x leh nk explain & aku sendiri tak faham dengan apa yg berlaku. segala kecelaruan tu datang x diundang. walau aku berada di tempat yg rmi org @ tengah lepak ngan member2 aku. aku akan rase hilang. aku rase mcm aku ni halimunan yg x boleh org lain nampak. sangat sunyi. macam lagu exist tu la. hilang dalam ramai. mungkin sbb stress, mungkin sbb2 yg lain gak la. tapi aku dh lame x macam ni. duk sorang cm org bodo. wat bende cm org hilang ingatan. tension betul aku dengan bende nie.rase cm nk tembak kepale org jer. ape yg aku nk skang nie aku nk kehidupan aku balik. aku dh x sanggup jdi org sakit jiwa nie. perit. aarrrrgghhhhh........ 

Selasa, 18 Januari 2011

Jangan Seksa Aku!!!!....

Assalamualaikum

Biasa kita dengar yg perempuan kna gangguan seksual dari lelaki. tapi pernah x kita dengar lelaki kena gangguan seksual dari perempuan??..memang jarang kita dngar cerita macam 2 sbb nafsu lelaki secara khususnya ada 1 jer iaitu perempuan. so secara nrmalnya,walaupun lelaki 2 di"ganggu" secara seksual oleh perempuan, diorang akan suke & terima. tu aku x nafikan lah. tapi pernah ke kite semua terfikir kenapa perempuan kena gangguan seksual?? sebab2 nye cm nie la.

fenomena pakaian wanita masa kini

Haa....ini lah puncanya. sebagai wanita, anda dah sedia maklum bahawa kalau korang berpakaian macam nie. confirm banyak mata yg memandang. siapa x geram kalau tengok pemandangan yg mcm nie. lepas tu bila lelaki bg respon, mule la menggelabah cakap lelaki hidung belang la, gatal x kira masa lah. masalah2...

Dari conth gambar tu secara amnya dah elok dh pakai tudung, tapi islam x ajar wanita utk pakai tudung jer. pakaian mestilah menutup aurat. tutup aurat tu pulak bukan sekadar tutup tapi terbonjol sana-sini. biarlah lebar sikit, kain tu pulak jangan la jarang, terbelah @ singkat. aku rase kalo pakai baju kurung lg bagus. lgpun xde sape nk ganggu kalo kite pakai cukup syarat. cuba kita tengk perempuan pakai baju kurung & bertudung. fuhh...sejuk jer mata memandang. boleh la carenye nk jadi calon isteri.

Aku bukan apa, cuma bile aku keluar ke mane2 jer. aku akan pandang situasi nie. pada masa yg sama aku akan teringat apa yg pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad bila ditanya apa petanda kiamat akan tiba. baginda bersabda " di akhir zaman nanti, akan ada golongan wanita yg berpakaian tetapi sebenarnya mereka sedang berbogel." maksudnya,mereka berpakaian tapi ketat sampai x bleh nak bernafas, terbelah dari kaki sampai ke pangkal paha, pakai baju 'transparent' (pakai baju tapi nampak apa yg ada dalam baju tu). 

apa yg aku tulis ni sebagai nasihat & ingatan kepada semua. terpulang kepada individu tu utk berfikir & berubah. x perlu nak dipaksa sebab kita ada akal nak berfikir.jadi, renung-renungkanlah.....
seksi membawa seksa

Bila Masa Kita??

Assalamualaikum.....

Pada 29 disember 2010, seluruh rakyat Malaysia bersorak sbb pasukan bola sepak kita berjaya menjulang piala AFF Suzuki @ dahulunya dipanggil Piala Asean. Malaysia menunggu selama 14 tahun utk membawa balik piala termashur di asia tenggara 2. senang citer sejak piala 2 diwujudkan, Malaysia hanya sekali ke final iaitu pada tahun 1996 tapi tewas kpd Thailand 1-0. selepas 2 dh xde lg dh ke final. tapi tahun 2010 Malaysia bukan setakat ke final tapi berjaya bawa balik piala nie. tahniah juga kepada safee sali yg jadi 1st player Malaysia yg dapat anugerah top scorer. tapi yg paling membanggakan ialah semua skuad trmasuk jurulatih adalah anak tempatan. x main dh import2 nie. ni buktikan yg anak Malaysia dh boleh berdiri setanding org luar.



barisan pemain muda berbakat negara


impian jadi kenyataan

Sebenarnya bukan aku nk ceritakan pasal kejayaan bola sepak negara, yg 2 satu dunia dh tau. aku jadikan sebagai mukadimah sbb ape yg aku nk tulis nie berkaitan dengan pasukan bola sepak negara. apa yg aku nk tulis nie berkaitan dengan kita. pasukan bola sepak kita dah kembali digeruni di rantau asia tenggara. tapi macam mana pula dengan bangsa kita?? pasukan bola sepak kita dh sedar dari tidur yg lena dilapik mimpi2 ngeri sejak zaman emas pasukan allahyarham Mokhtar Dahari. bangsa kita dah sedar ke sejak kita mula tertidur selepas kemerdekaan negara 53 tahun yg lpas?? itu yg aku ingin persoalkan.

sbb apa aku tulis pasal hal nie. aku tulis sbb semakin hari aku semakin sedih dengan bangsa aku sendiri. bermacam-macam masalah yg berlaku kt dalam negara kita nie. cume kita sedar @ x sedar jer. masalah sosial, masalah politik, masalah ekonomi, dll. bila aku terpandang situasi kita hari ni, aku terfikir, dapat ke kita mempertahankan kemerdekaan lbh lama dari masa kita dijajah?? kita dijajah selama 442 tahun. kita merdeka baru 53 tahun. dapatkah kite mempertahankan kemerdekaan selama 442 tahun dengan situasi kita sekarang ni?? aku rase kite mungkin akan dijajah semula sebab sekarang nie minda kita semua dah dijajah. kita agungkan orang luar, baangan luar, tapi kita tak bg peluang langsung kpd apa yg dihasilkan oleh negara kita sendiri. ini masalah kita.itu baru pasal penjajahan minda.


selepas penjajahan minda berlaku, lahirlah golongan2 yg rosak yg akan merosakkan bangsa, agama & negara..
merempit


dadah


budaya yg tak masuk akal


aku nk tanya la.adakah manusia2 seperti diatas ni yg akan memimpin bangsa kita?? knfrm semua akan cakap tak. tapi inilah hakikat kita. kita marah kalau bangsa kita ditindas, tapi punca kenapa kita ditindas adalah disebabkan kita sendiri. jangan pula dh terhantuk baru terngadah. kalo boleh sediakan payung sebelum hujan. kalau tidak jangan la menangis sbb kita jadi hamba kat tanah tumpah darah kita sendiri..
renung2kanlah.........

Ahad, 16 Januari 2011

Nostalgia 2010 (Oktober- Disember)

Bulan oktober adalah bulan yg ditunggu2 oleh sume pelajar asasi uitm sbb nie bulan blik cuti semester. tapi bulan nie jugak la yg paling  disukai sbb ade final test. debor habis nk hadap paper final 2.kepale dh melayang kat umah.tapi kene amik exam. memg haruk la kepala nk memikirkn jawapan 2. alhamdulillah, exam 2 berjalan dengan lancar walaupun aku tau jawapan yg aku tulis 2 confirm banyak mengarut. selepas 2 mule la episod sedih dak2 uitm bile kami terpakse berpisah buat sebulan lebih. aku jadi saksi sume 2 sbb aku antara budak terakhir balik rumah. jadi nampak la yg sedih la, yg ketawe, syahdu.macam2 lg la. aku bergrak dari kuantan dalam pukul 1:30 ptng n sampai dalam area kul 8 malam.
bye2 kuantan...


 aku start cuti 2 dengan exam speaking muet pd 14 oktober. x ku sangka, x ku duga, aku terjumpa dengan syarah, seorang perempuan yg pernah hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu. terkejut gak mase 2. yela, aku x sngke yg aku boleh terjumpe die. balik 2 satu lg kejutan. die call aku. ui... terkejut aku sbb aku ingt die dh tuka nombor n xde dh nombor aku dalam phonebok die lg dh. sjak dri 2 kitorang still contact sampai skang. mase nie gak mira contact aku balik. sbb aku nk berbaik ngan sume org. aku pn x kesah la. die ckap nk cm dlu. tapi hati aku dh tertutup utk die. aku tau die still ngan syukri wlau die ckap xde pape n syukri dh de awek baru. aku x caye. ckup la sekali aku menangis kerana dia. aku xnk ulang lg peristiwa 2. 
kehidupan aku time cuti.first aku n member2 aku plan utk ke stdium buat kali pertama dalam hidup. perlawanan separuh akhir piala malaysia antara johor fc vs negeri sembilan. mule2 kitorang x plan nk ke stadium tapi sbb johor fc score 1-0 mase kat negeri sembilan. so kitorang pakat utk ke stadium. jadi kitorang pn minta tolong sorang dak skola aku dulu yg duk kat jb utk belikan tiket.


 jadi pd 23 oktober 2 kitorang pun berangkat la ke stadium jcorp, pasir gudang. perjalanan kitorang x semudah yg disangka. hujan lebat mengiringi perjalanan kitoran daripada batu pahat sampai ke pasir gudang. mule2 cme 2 moto jer yg ikut tapi 2 lg moto megiringi aku.sampai jer kat stadium, aku n alip tunggu tiket dari cuteh yg dh masuk ke dalam stadium. dengan basah n penat kitorang menunggu tiket. terpakse pulak cari 2 org lg yg tersesat. dalam stdium dah gamat ngan sorakan. saba je la. cabaran aku x habis kat situ.member aku xcident kat depan stadium lak. wah, memang garu kepale. terok gak la sampai kne pegi hospital. lepas ambulan sampai baru la dapat tengok bola dalam stadium.kecewa gak la sbb mase 2 johor fc kalah ngan negeri sembilan 2-0. walau ape pn aku puas. skang aku semakin gian utk ke stadium utk tengok bola.heheh.


permulaan bulan november dimulakan dengan konvoi ke gunung ledang. mle2 cadang nk ke mersing, tapi tuka ke gunung ledang sbb aku akan amik muet n dak2 uthm ade final exam. x kesah la. janji konvoi.10 buah moto join konvoi nie.pttnye ramai lg tpi sbb ade urusan yg x dapat di elakkan.

deretan motor yg nk bergerak ke gunung ledang


aku, marul, kadal, faiz, achik, ameng, epul, farid, afiq, ayie, bersame-same meneruskan konvoi nie. kitorang gerak dalam pukul 8 pagi & sampai dalam pukul 11 pagi. sebelum mandi kitorang mendaki gunung jap utk cari port mandi yg paling best.maknenye yg atas sekali la 2. kitorang mandi2, usha2 sampai la jam menunjukkan pukul 2 ptng dan kitoran pun berangkat la balik.


keindahan air terjun gunung ledang


Peperiksaan bertulis muet pn brmula. aku agak redha sbb aku tau mungkin susah utk aku capai band 4 utk aku lulus sbb aku nie x bijak dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah aku berjaya menjawab dengan tenang. harapan memang 1 jer la. BAND 4!!!. 


Hari raya aidiladha datang semula. x banyak yg aku wat utk hari raya nie. biase la, balik kampung, tengok org korban. aktiviti yg sama. so, nothing special 4 dis year. aku habiskan sisa cuti aku dengan hari2 yg biase aku lakukan kat umah. memerap kat umah. merayap sampai subuh. 2 jer la.


semester ke 2 brmula. aku kembali ke kuantan dengan semangat yg pudar. ini semua sbb result final exam aku yg cm haram. x memasal aku kne repeat 2 subject sekaligus. bengang jer. tapi mungkin ade hikmah disebalik ape yg berlaku. aku harap cm 2 la. sekarang, menjelang tahun baru, dekad baru, aku nk capai ape yg aku x pernah capai sebelum nie. so, selamat tinggal 2010...........selamat datang 2011



Selasa, 4 Januari 2011

Nostalgia 2010 (Julai - September)

Selepas kisah2 aku di bulan sebelumnya. skang aku mule pandang ke sorang awek yg aku dh usha sejak aku menjejakkan kaki ke kelas F. Balqis. aku bkan xnak start dari awal sbb mase mule2 aku nampak die sumpah aku x berani nak tego die. yela awek cun kn. aku ni x la hensem mane.hehehehehe. so aku cube la selidik sikit2 pasal die. dalam aku tengah usha 2, hazim, dak kelas aku ajak aku join team balqis utk projek drama. huhhh... bak kate pepatah, "pucuk dicita ulam mendatang". hehehe. aku pun sambar la peluang keemasan nie. bile aku dapat peluang utk buat skrip n jalan cerita utk drama 2. memg aku buat sehabis baik punya. aku masukkan watak die sebagai secret admire aku. hahaha. memg jahat. hahahaah.


 sejak dari 2 aku rapat dengan die. sume org gosipkn aku ngan die. sampai dak rumah die bahan aku ngan die.tapi aku x kesah la. memg aku admire die pn. apa da hal..hahah. Ops...aku terlupa.asyik citer pasal balqis aku lupe lak 13 julai adalah hari keputeraan aku yg ke 18. so im over 18 now. hahha. xde hadiah utk aku taun nie tapi aku nk ucap tengkiu kat member2 yg wish n kpd aidil, mus, arip n dak2 yg bahan aku guna krim donut big apple ngan air sebaldi 2. hepi sangat aku malam 2.


2 minggu selepas ulangtahun kelahiran aku 2. aku n dak2 UiTM kuantan nie pun balikla bercuti sempena mid-sem break. mase nie aku gunakan untuk siapkan jalan cerita utk assignment drama aku 2. so xde la mse nk keje mane2. stakat tlng bapak aku petik sawit je la. pd 10 ogos, aku dan sekalian umat islam di seluruh dunia menyambut bulan ramadhan. masuk nie dh 3 tahun aku x puase kat umah. kadang2 terase rindu nk buke puase kat umah, pegi bazar ptng2, mlm terawih ngan member2 pas 2 g sebat makanan kat masjid 2.hehehe. aku balik ke rumah 3 hari sebelum raya. time nk balik 2 memang musibah la. aku dh beli tiket bas kul 1:30 ptng. punye la semangat aku nk balik. time 2 aidil hantar aku n mus balik sebab bas mus pukul 2 ptng lak. tah macam mane jalan yg x pernah jam waktu tengahari boleh sibuk cm org bru nk g keje. ya allah..punye la tension. bile aku sampai aku nampak bas pun dh xde.aku tanye akak jage kaunter 2. dia kate bas dh gerak 15 minit lepas dh..arrrgghhhhhhhhhh....nasib baik ade lg bas yg ke batu pahat ptng 2. so, tepakse la beli tiket baru. huhuhuhu...




Hari raya aidilfiti yg ke 18 aku sambut dalam hidup aku. tahun nie x banyak bezanya berbanding tahun2 lepas. balik kg aku kat parit kemang, muar. follow marhaban kg aku. beraye umah member2. 2 je la. aku berangkat ke kuantan selepas seminggu aku berhari raya. untuk menghadapi final exam. final exam 2 aku berazam utk sekurang-kurangnye lulus smua sbjek yg aku amik. kire aku dh buat sehabis baik la utk exam 2. setelah kertas mtc106 iaitu kertas subjek law,politics and government selesai. maka tamatlah semester 1 aku sebagai pelajar uitm kuantan. aku antara org yg terakhir balik ke rumah. rmi yg dah cabut dulu.setelah melengahkan cuti selama seminggu, aku pun balik untk preparation menhadapi muet lak.

bye2 kuantan...
hello batu pahat...

Nostalgia 2010 (April - Jun)

Suku ke 2 tahun 2010...aku still seorang cashier carrefour n still mengusha Mira...hehehe...gaji first aku x banyak...RM 430 jer...dngn duit gaji 2 la aku n dak2 carrefour g trip ke Pulau Tioman...x pernah aku g melancong g pulau2 cm nie...1st time...seronok hidup kat sne...jaln2...snorkeling..tido tpi pantai...memancing laut...cm2 lg laa...sume 2 memg sebelum ne aku x penah wat...pas 3 hari 2 malam kat Tioman...aku pn balik semula ke Batu Pahat...mase nie aku semakin rapat ngn Mira...tapi die masih x tau lg pasal perasaan aku...mase akhir bulan 4 baru die tau perasaan aku...waktu 2 aku ngan kawan aku, Kamarul @ KL...kitorang dari kl sbb interview UniKL..mase balik 2 aku msj Mira...n mase 2 juga la aku bgtau perasan aku kat die..die x terus terima aku...so aku tunggu die ngan harapan akan terbuka hati die...
pd mase yg same..aku brusaha meng'apply' Universiti, Matrik, IPG, INSTEP & tingkatan 6 utk aku sambng study...selepas gagal ke matrikulasi...aku tungu keputusan IPG...gagal gak...Universiti...gagal gak...n lastly aku dapat tawaran ke tingkatan 6 aliran sains kat SMK Munsyi Sulaiman...aku reject...aku mohon IPG n Universiti wat kali ke 2...utk second intake..walaupun aku gagal wat kali ke 2 dalam permohonan IPG..tapi akhirnya aku dapat gak tawaran ke UITM kuantan untuk amik asasi undang2...sume org mcm x caye aku yg mcm penjenayah kat sekolah nie leh sambung undang2...hahaha..pd 18 jun 2010, tamatlah khidmat aku sebagai seorang cashier...pd 20 jun 2010...aku habiskn duit gaji aku utk beli henset idaman aku...nokia 5800..

21 jun 2010 aku mendaftar sebagai seorang pelajar UiTM Kuantan...& last sekali 22 jun 2010...aku dapat lg 1 impian aku...Mira...die terima aku sebagai someone dalam hidup die...mase 2 aku fikir x sia2 aku tunggu die 3 bulan...lame 2...tapi sume 2 tak bertahan lama...hubungan kitorang hanya bertahan lebih kurang 2 minggu jer..aku tak tau citer sebenar die..tapi ape yg aku tau mak die nk tunangkan die dengan org lain..aku kenal dak 2..dak 1 tempat keje dengan aku dulu..memang konflik habis la time 2..bengang, marah, frust.sume ade la..Mira hampir lari ikut aku ke kuantan tapi aku x bg..aku xnak die menderhaka kat mak die..x berkat hidup..so aku redha utk lepaskan die..*walaupun frust tahap menonggeng...


selepas peristiwa 2 aku sangat bengang ngan mira.tah la.rase marah 2 datang tak diundang.tapi mase 2 aku rapat pulak ngan class rep aku.anna.mule2 kitorang kenal cm biase2 je la..tapi lame2 jadi sangat rapat.kisah aku ngan anna pun tak lame gak..tetibe die berubah.aku call x jawab, mesej x balas.maybe die dh rimas or menyampah ngan aku time 2...hmmm....nasib2..

Ahad, 2 Januari 2011

Nostalgia 2010

2010......
taun yg agk banyak bg aku nostalgia sepanjang  hidup aku nie...taun aku dapat result spm....taun aku dapat panggilan plkn....taun aku first time keje.maksud aku keje yg ber'bos'....taun aku dapat masuk u.....taun nie gak la aku banyak belajar hidup sendiri....pengalaman yg sangat berharga untuk aku....psal kehidupan peribadi aku lak..ade kemajuan..kemajuan yg bik n yg buruk..kemajuan yg wt aku takut kat diri aku sendiri...hmm...

Mule dari 3 bulan yg pertama tahun 2010..bulan januari februari & mac...tahun baru aku kali nie aku x sambut macam taun2 lepas...kalo yg lepas aku lepak kat dataran pas 2 lepak tengok dak2 race kat pt raja..tapi taun nie malam taun baru ku cme kat cc jer...aku leka main game smpi kul 1...memg pelik...haha

Pd 6 januari aku menyambut seruan kerajaan utk masuk kem PLKN Siri 7 Kumpulan 1 2010 kat Kem Seri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan..

dulu memg aku nk masuk sangat plkn nie...tpi ble pas spm 2 aku dh planning nk keje n kumpul duit..malangnye...2 sume tinggal mimpi...takdir aku masuk plkn 2...so aku redha n pegi je laa...tapi pe yg aku dapat mse kat plkn 2 sangat hebat...aku hampir dapat jumpe sape diri aku kat sane...aku wat bende2 yg dulu aku takut nk wt...flying fox n menembak gune rifle m-16....gile ah...x penah mimpi aku wa cm 2...mase plkn nie gak aku jmpe dak2 yg banyak bg pengalaman kat aku...Ayid, Anep, Eddy, Samrul, Botak, Cikgu Chot, n ramai lg...bende yg aku x leh lupe kitorang terembat henset bdak mase nk amik rokok...peh...dh la henset anak polis...memg gile...Allah je tau cm ne perasaan ake mase 2...hahaha...Anep,Ayid n Ayie...aku x lupe sume 2...hahah...

Org kate g tempat org jgn lupe usha bungenye...kat sne aku jmpe Ika...sorang dak yg pendiam n aku x tau pn die slalu usha aku dalam kelas...die bg no fon mse 2 hari rabu mase kels last modul 1....sbb dapat henset ari jumaat...so aku pn stat msj ngan die hari jumaat 2...n kitorang semakin rapat...selalu jmpe...call...msj..lepak sesame kat kafe...sampai habis plkn...lepas berlalunye bulan februari...akhirnye plkn aku pn habis pd 3 mac 2010...mase balik 2 aku ngan Ika sempat lg bertukar2 tanda kenangan...die bg aku 1 teddy bear yg cute n aku bg hasil2 karya aku kat plkn 2...lagu2 yg aku tulis termasuk lagu yg aku wat sendiri...tapi hubungan kitorang x lame...pas 2 minggu...ade pertengkaran berlaku antara kami n die pn bgtau yg die dh ade yg lain.time 2 pd 21 mac 2010...so tamatlah kisah cinta aku ngan die...hahahah...
Pd 20 mac 2010 aku mohon bekerja kat carrefour bp...alhamdulillah aku diterima kerja sebagai seorang cashier...22 mac 2010 aku masuk kerja...time kasih kpd Payc sbb die lah aku dapt kerja nie...yg kelakrnye aku baru kerja seminggu aku dh stat syok kat sorang minah nie...name die Mira...org kate cinte pandang pertama..hari pertama aku kenal die aku dh ajak die g makan saing aku...n hari ke 2 aku knal die aku dh ajak die g tengok wayang...first time aku bawak pempuan tengok wayang...cite pe 2 aku dh x ingat....tapi memg maju tol aku time 2...stat dri hari 2 la aku usha die...1 lg benda yg paling bersejarah pd bulan mac ialah pengumuman keputusan SPM aku...alhamdulillah...aku x la dapat baik sangat...tapi aku still bersyukur sbb aku masih lulus lg..5A 1B 2C 1D...not bad...hahah :D


SEGMEN SELAMAT BERKENALAN......

Tengkiu kepada Nur Ainina kerana telah sudi tag aku dalam ruangan ini....

SEGMEN JOM BERKENALAN




Sebenarnya aku tak tau pasal Jom Berkenalan ni... Tapi selepas diterangkan oleh member aku tadi barulah aku faham... Ini semua adalah 100% tentang aku..


Apakah status anda?

Masih bujang, maknanya belum berkahwin laa..maklumla masih nak rase hidup sendiri.walau hati ni dh banyak kali dicuri..tapi masih belum ada yg tampil mengaku siapa yg mencuri hati ini..xpe la...jodoh pertemuan ditangan tuhan.jadi..wait n see je la...


Ceritakan tentang diri anda :
Berasal dari kampung Parit Daun.kat mane 2??dalam kawasan pekan Pt. Raja.berada dalam wilayah Batu Pahat,di bawah jajahan takluk negeri Johor Darul Ta'zim...pernah menuntut di SK Seri Puleh,SMK Tun Ismail dan SM Sains Muar...kini belajar di UiTM Kuantan, dalam kursus undang2...lawyer in da making..pas 2 maybe masuk politik n jadi Mahathir the second...heheh..matlamat hidup aku..aku nk berjaya dalam hidup aku n kalau bleh dapat ape yg aku nakkan..Insyaallah



Ceritakan tentang blog anda :
Blog ni hasil dari penulisan aku sepenuhnya. sumber2 die dari kisah hidup aku, pengalaman, kisah member2, banyak lg la...pd aku ape yg aku anggap menarik n sesuai utk aku tulis, aku akan tulis..tapi untuk mengelak segala kontroversi,aku x bercadang nak tulis bende yg leh menimbulkan ape2 sentimen la, malas nk timbul kes saman2 nie...hahah

Apa pandangan anda tentang dunia blog :
Blogging ni xde la bosan. kadang2 die leh jadi medium utk kite meluahkan perasaan, lepas marah, suarakan pendapat, macam2 lg la..sbb sume org boleh menulis tapi x sume org boleh berkata2.itu pendapat aku laa...

Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog :
kalau kpd sesiape nk wat blog 2 aku alu-alukan la. sebab penulisan ni membuatkan kite leh menilai diri kita.dari penulisan gak la kite dapat tau sejauh mane kematangan kite. 

Nyatakan keunikan pada blog anda :
Blog aku n xde la unik pun. biase je. Aku cume jadikan blog aku sebagai medium perantara untuk aku mencurah idea, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Jadi kalo sesiapa nk judge die unik aku ucap tengkiu, kalo nk kate tak unik or menarik pn aku ucap tengkiu. Sebab itu hak masing2. Takde siape nk halang.

Sampai bila nak berblogging?
Sampai dah tak larat lg. haha. Aku x terfikir nak retire lg dari bidang blogging ni. So, aku x tau la sampai bila. ahahhaa....


Manusia yg bertuah selepas nie :

M. Afiq Abdullah

Nur Nabillah

Arif Nizam