Selasa, 14 Ogos 2012

Untuk Bidadari

kau tak pernah gagal membuatku terpaku
walau kau tak mencapai diriku
namun bisa kau ukirkan senyuman semula diwajahku
meredakan hati yang dipukul ombak pilu
ku bisa lihat dirimu setiap detik setiap waktu
walau begitu tidak hadir jemu
dengan pancaindera ku tatap keindahan
hingga basah lidah memuji tuhan
siangnya tiba memancar cahaya
menjadi memori indah para pencintanya
dikala malam ia menjelma
dengan gitar dan sebatang pena
menjadi ilham puisi cinta

Ahad, 5 Ogos 2012

Semangat Malaysia, Tolong Jangan Cemarkan

Assalamualaikum...

Aku baru lepas  tengok game  final badminton sukan olimpik london yang melibatkan wakil negara, Dato' Lee Chong Wei & seteru utama  beliau Lin Dan dari China...satu game yang sangat sengit sampai ke set ke 3. namun perit yang ditelan bila LCW kalah dengan 21-19....aku hampir menangis tngk game tdi...sebab semangat LCW dan semangat rakyat Malaysia yang sangat terasa....terkilan sebab boleh dikatakan nasib tak menyebelahi Chong Wei....apepun tahniah untuk pingat perak olimpik london....pingat pertama negara...

lain pula ceritanya di laman sosial. aku tinjau2 la twitter sebelum, semasa ngan selepas game tu. ada segelintir "penyokong" yang tak diundang mencelah dengan tulisan diorang yang sangat menyakitkan hati....dikatakan syarikat aiskrim Baskin Robin menawarkan ganjaran untuk rakyat Malaysia. 1 emas Malaysia, aiskrim Baskin Robin percuma untuk satu hari....semangat yang dilaungkan syarikat itu(kalau menganjing tak tahu la pulak). tapi masalahnya yang terlalu obses nak makan aiskrim  free lebih dari maruah sukan  negara tu. asik2 sebut pasal aiskrim free. menyampah pulak aku. macam tak pernah makan je aku rase. aku yang tak pernah makan pon tak sebut pasal tu. amat memalukan bagi rakyat Malaysia yang macam  tu.

lagi satu masalahnya, politik. tolong la jangan masukkan unsur2 politik dalam sukan. macam komen ni 

"semua salah rosmah, asal dia announced nak p london utk support LCW. bad luck rosmah betol" & "who need fukcing that 1Malaysia to unite the whole citizens of Malaysia? " 

minta maaf la kalau yang menulis ni membaca tulisan aku sebab aku terkilan dengan semangat politik yang ditunjukkan. sebab pada aku sukanlah yang menyatukan rakyat Malaysia ni. tolonglah jangan pecahkan ia dengan politik yang cukup memecahbelahkan orang Malaysia. 

sekarang ni penyokong Malaysia terarah pada Azizulhasni Awang & Pandalela Rinong. harap diorang akan bawa sesuatu yang bermakna untuk negara.

Rabu, 1 Ogos 2012

janji ditepati atau gali kubur sendiri?

Assalamualaikum...

Seperti yang semua orang maklum, hari kemerdekaan negara yang ke 55 ni akan disambut dalam keadaan yang hangat. Bermula dengan kontroversi logo dan lagu tema kemerdekaan. Aku tertnya-tanya apa yang bermain difikiran orang yang di kerusi atas pentadbiran negara ini? Tolonglah tok menteri bercalit biru, ini bukan soal nak mempertahankan kuasa, bukan soal nak kekal di kerusi empuk tapi ni soal kemerdekaan. Memang betul merdeka negara kerana politik tapi janganlah mempolitikkan perkara ni sampai penyokong sendiri naik geli. Aku tak jumpa lagi orang yang cakap lagu dan logo tahun ni baik. Semua mengkritik. Bukan sekadar penyokong pakatan, tapi penyokong barisan pun sama.

Apa yang aku tulis ni cuma pandangan aku. Sebab aku rakyat Malaysia. Mungkin ada yang akan cakap bila aku tulis macam ni, aku di cop pembangkang, tapi sebenarnya aku x menyebelahi mana2 pihak. Aku amat kesal dengan apa yang berlaku ni sebab rakyat malaysia bukan semuanya barisan. Ada yang pakatan dan ada yang bebas. Tapi semua mereka ada hak merdeka. Nampaknya sekarang tok2 menteri ni lebihkan kuasa dari nilai sebuah negara itu sendiri. Anda patut malu. Apa kaitan merdeka dengan janji ditepati? Kenapa perlu rangkap "tiba masa balas budi" dalam lagu tema merdeka? Sangat kurang bijak disitu.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, aku berharap pada tok menteri, sementara ada waktu ni, ubahlah logo dan lagu tema kemerdekaan negara ke 55. Sebab merdeka ini untuk rakyat Malaysia, bukan parti politik.

Sekian........