Yang aku ingin tulis ini hanyalah ungkapan hati yang telah kau buka kembali. Maaf andainya kata2 ku ini menerbitkan kerungsingan dalam hati kau, menimbulkan secebis kemarahan dihati kau. Maaf. aku ingin sampaikan tulisan ini kepada kau. Ya, kau yang membalas setiap tulisan ku dengan puisi indah. Kau si budak kecik yang suka mencebik. Kau yang aku jumpa dipermulaan perkenalan di aplikasi androidku. Ya, kau yang aku maksudkan. Pernah aku katakan kepada kau tentang perasaanku. Maaf dulu aku seorang pengecut yang tak bisa menatap mata kecil mu. Tapi pada saat ini jujurnya aku sangat takut akan kehilangan kau. Maaf sekali lagi andai aku mencintai kau tanpa izin. Aku tak mampu nak melawan perasaan ini. Aku selesa dengan kau. Aku suka senyuman kau. Aku suka layanan kau terhadap aku. Bukan niat aku untuk memaksa kau. Tiada kata paksaan dalam kamus hidupku. Sungguh benar aku katakan, andai kemampuan itu milik aku, akan segera dihantar tanda ikatan sah. Ini bukan gurauan dari aku. Ya, aku bukan manusia jenis serius, tapi untuk melihat kau dipimpin insan lain juga bukan gurauan manis untuk aku. Andai kata buat masa ini sudah ada si Robin Hood yang berjaya mencuri hati, perasaan dan pandangan indah dari matamu, aku akan terima dengan senang hati andai kau bahagia. tetapi andai kata masih ada peluang untuk aku bersama dengan kau, takkan aku siakan peluang itu walau sesaat. Bukan aku taburkan manisan dalam kata, tapi ianya apa yang terbuku dalam hati sejak sekian lama. aku berharap kau faham akan apa yang aku rasakan selepas kau baca tulisan aku ini....sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan