Assalamualaikum...
Aku baru lepas tengok game final badminton sukan olimpik london yang melibatkan wakil negara, Dato' Lee Chong Wei & seteru utama beliau Lin Dan dari China...satu game yang sangat sengit sampai ke set ke 3. namun perit yang ditelan bila LCW kalah dengan 21-19....aku hampir menangis tngk game tdi...sebab semangat LCW dan semangat rakyat Malaysia yang sangat terasa....terkilan sebab boleh dikatakan nasib tak menyebelahi Chong Wei....apepun tahniah untuk pingat perak olimpik london....pingat pertama negara...
lain pula ceritanya di laman sosial. aku tinjau2 la twitter sebelum, semasa ngan selepas game tu. ada segelintir "penyokong" yang tak diundang mencelah dengan tulisan diorang yang sangat menyakitkan hati....dikatakan syarikat aiskrim Baskin Robin menawarkan ganjaran untuk rakyat Malaysia. 1 emas Malaysia, aiskrim Baskin Robin percuma untuk satu hari....semangat yang dilaungkan syarikat itu(kalau menganjing tak tahu la pulak). tapi masalahnya yang terlalu obses nak makan aiskrim free lebih dari maruah sukan negara tu. asik2 sebut pasal aiskrim free. menyampah pulak aku. macam tak pernah makan je aku rase. aku yang tak pernah makan pon tak sebut pasal tu. amat memalukan bagi rakyat Malaysia yang macam tu.
lagi satu masalahnya, politik. tolong la jangan masukkan unsur2 politik dalam sukan. macam komen ni
"semua salah rosmah, asal dia announced nak p london utk support LCW. bad luck rosmah betol" & "who need fukcing that 1Malaysia to unite the whole citizens of Malaysia? "
minta maaf la kalau yang menulis ni membaca tulisan aku sebab aku terkilan dengan semangat politik yang ditunjukkan. sebab pada aku sukanlah yang menyatukan rakyat Malaysia ni. tolonglah jangan pecahkan ia dengan politik yang cukup memecahbelahkan orang Malaysia.
sekarang ni penyokong Malaysia terarah pada Azizulhasni Awang & Pandalela Rinong. harap diorang akan bawa sesuatu yang bermakna untuk negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan