Rabu, 1 Ogos 2012

janji ditepati atau gali kubur sendiri?

Assalamualaikum...

Seperti yang semua orang maklum, hari kemerdekaan negara yang ke 55 ni akan disambut dalam keadaan yang hangat. Bermula dengan kontroversi logo dan lagu tema kemerdekaan. Aku tertnya-tanya apa yang bermain difikiran orang yang di kerusi atas pentadbiran negara ini? Tolonglah tok menteri bercalit biru, ini bukan soal nak mempertahankan kuasa, bukan soal nak kekal di kerusi empuk tapi ni soal kemerdekaan. Memang betul merdeka negara kerana politik tapi janganlah mempolitikkan perkara ni sampai penyokong sendiri naik geli. Aku tak jumpa lagi orang yang cakap lagu dan logo tahun ni baik. Semua mengkritik. Bukan sekadar penyokong pakatan, tapi penyokong barisan pun sama.

Apa yang aku tulis ni cuma pandangan aku. Sebab aku rakyat Malaysia. Mungkin ada yang akan cakap bila aku tulis macam ni, aku di cop pembangkang, tapi sebenarnya aku x menyebelahi mana2 pihak. Aku amat kesal dengan apa yang berlaku ni sebab rakyat malaysia bukan semuanya barisan. Ada yang pakatan dan ada yang bebas. Tapi semua mereka ada hak merdeka. Nampaknya sekarang tok2 menteri ni lebihkan kuasa dari nilai sebuah negara itu sendiri. Anda patut malu. Apa kaitan merdeka dengan janji ditepati? Kenapa perlu rangkap "tiba masa balas budi" dalam lagu tema merdeka? Sangat kurang bijak disitu.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, aku berharap pada tok menteri, sementara ada waktu ni, ubahlah logo dan lagu tema kemerdekaan negara ke 55. Sebab merdeka ini untuk rakyat Malaysia, bukan parti politik.

Sekian........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan