Selasa, 18 Januari 2011

Bila Masa Kita??

Assalamualaikum.....

Pada 29 disember 2010, seluruh rakyat Malaysia bersorak sbb pasukan bola sepak kita berjaya menjulang piala AFF Suzuki @ dahulunya dipanggil Piala Asean. Malaysia menunggu selama 14 tahun utk membawa balik piala termashur di asia tenggara 2. senang citer sejak piala 2 diwujudkan, Malaysia hanya sekali ke final iaitu pada tahun 1996 tapi tewas kpd Thailand 1-0. selepas 2 dh xde lg dh ke final. tapi tahun 2010 Malaysia bukan setakat ke final tapi berjaya bawa balik piala nie. tahniah juga kepada safee sali yg jadi 1st player Malaysia yg dapat anugerah top scorer. tapi yg paling membanggakan ialah semua skuad trmasuk jurulatih adalah anak tempatan. x main dh import2 nie. ni buktikan yg anak Malaysia dh boleh berdiri setanding org luar.



barisan pemain muda berbakat negara


impian jadi kenyataan

Sebenarnya bukan aku nk ceritakan pasal kejayaan bola sepak negara, yg 2 satu dunia dh tau. aku jadikan sebagai mukadimah sbb ape yg aku nk tulis nie berkaitan dengan pasukan bola sepak negara. apa yg aku nk tulis nie berkaitan dengan kita. pasukan bola sepak kita dah kembali digeruni di rantau asia tenggara. tapi macam mana pula dengan bangsa kita?? pasukan bola sepak kita dh sedar dari tidur yg lena dilapik mimpi2 ngeri sejak zaman emas pasukan allahyarham Mokhtar Dahari. bangsa kita dah sedar ke sejak kita mula tertidur selepas kemerdekaan negara 53 tahun yg lpas?? itu yg aku ingin persoalkan.

sbb apa aku tulis pasal hal nie. aku tulis sbb semakin hari aku semakin sedih dengan bangsa aku sendiri. bermacam-macam masalah yg berlaku kt dalam negara kita nie. cume kita sedar @ x sedar jer. masalah sosial, masalah politik, masalah ekonomi, dll. bila aku terpandang situasi kita hari ni, aku terfikir, dapat ke kita mempertahankan kemerdekaan lbh lama dari masa kita dijajah?? kita dijajah selama 442 tahun. kita merdeka baru 53 tahun. dapatkah kite mempertahankan kemerdekaan selama 442 tahun dengan situasi kita sekarang ni?? aku rase kite mungkin akan dijajah semula sebab sekarang nie minda kita semua dah dijajah. kita agungkan orang luar, baangan luar, tapi kita tak bg peluang langsung kpd apa yg dihasilkan oleh negara kita sendiri. ini masalah kita.itu baru pasal penjajahan minda.


selepas penjajahan minda berlaku, lahirlah golongan2 yg rosak yg akan merosakkan bangsa, agama & negara..
merempit


dadah


budaya yg tak masuk akal


aku nk tanya la.adakah manusia2 seperti diatas ni yg akan memimpin bangsa kita?? knfrm semua akan cakap tak. tapi inilah hakikat kita. kita marah kalau bangsa kita ditindas, tapi punca kenapa kita ditindas adalah disebabkan kita sendiri. jangan pula dh terhantuk baru terngadah. kalo boleh sediakan payung sebelum hujan. kalau tidak jangan la menangis sbb kita jadi hamba kat tanah tumpah darah kita sendiri..
renung2kanlah.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan