Rabu, 19 Januari 2011

Luahan Hati Kembali

Assalamualaikum

setelah lama aku memendam perasaan ini. walau telah ku luahkan apa kata isi hati ini. walau kesabaran yg aku tempuhi. pelbagai usaha telah aku jalankan. namun aku sedar. mungkin diri ini tidak layak utk menjadi pilihan dikau. aku bukan berpatah semangat. jauh sekali utk aku brhnti dari menaruh harapan terhadap dirimu. kau umpama bidadari dalam hidupku. kau ibarat tiang seri yg memberi pesona disebalik tiang2 penyokng yg tetap kukuh menongkatku. tanpamu, aku rasa kekosongan. tanpamu, aku rasa kehilangan. sukar untuk aku gambarkan jika tanpa dirimu. walau kau belum cukup ku kenali. tapi kau mempunyai suatu jenis dadah perangsang yg menjadikan aku selalu ingin melihatmu, berbicara dnganmu, memikirkanmu. 
setiap malam ku berharap agar dapat mimpikan dirimu. moga terubat rindu walau seketika tidak bertemu. setiap malam ku tunggu lampu hijau dari profil facebook mu semata untuk aku menghubungimu.maafkan daku jika kau tidak selesa.maafkan daku jika apa yg aku lakukan mengganggu kehidupan mu. aku cuma mahu kau menjadi milikku. aku mahu kau mnjadi suri dalam mahligai hatiku. ku pilih kamu kerana kau puteri dalam hidupku. sperti maksud indah disebalik namamu. wahai ratu yg asli. kau memang ratu dalam hidupku. kau asli kerana kau x perlu menjadi seserang yg lain untuk aku memperjudikan perasaanku pada cintamu yg tak pasti. aku sanggup mengambil risiko yg kau ingin beri. walau pahit akan aku telan jua. 
kau ibarat permata didalam hiasan kaca. walau indah dimata namun ianya hanya untuk ditatap. tidak dapat disentuh kerana tembok kaca telah gah mempertahankanmu. aku sedar betapa sukar utk aku terus menatap. aku juga sedar betapa sukar utk aku mendapatkanmu. ingin ku buka tidak berjaya, ingin ku pecah pasti luka menanti tanganku. jika kau membaca apa yg telah ku tulis ini, ingin ku perjelas bahawa ini bukan tinta cinta berdarah. ini juga bukan rayuan utk kau menerima cintaku. ia cuma sekadar menjadi satu luahan dari lubuk hati yg dalam. sebagai perantara jika terkelu lidahku ketika berbicara. kerana walau ku jumpa ramai wanita, kau tetap bisa menandingi mereka. kerana kaulah seorang ratu yg asli yg bertakhta dijiwa ku.....''Asilah Balqis''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan