Assalamualaikum
hari ini hari khamis, 20 januari 2011. kenapa aku highlight hari ni hari yg indah?? sebab hari ni aku dapat brsama dengan si dia. ini kali ke 2 aku dapat bersama dengan dia. walau dia masih belum menjawab perasaan yg pernah aku persoalkan dulu, tapi aku rasa sangat puas bila dapat jalan2 dengan dia, bergurau-senda, makan kat kfc Berjaya Megamall. walau sakit lengan aku akibat cubitan sbb aku x habis2 menyakat die, tapi kesakitan yg aku rasa secara zahirnya tu bertukar menjadi suatu perasaan yg x dapat aku gambarkan dalam hati aku. walau macam mana aku bergurau, menyakat, memperli dia, sikit pun aku x nampak kemasaman muka, marah @ yg sewaktu dengannya. yang aku lihat cuma senyuman & gelak tawa dihiasi senyuman manis. itu yg membuatkan aku terus terjatuh ke dalam lubuk cinta yg paling dalam. dia memang istimewa. dia boleh tahan perangai gila aku yg sangat gila nie. boleh lg senyum bila aku menyakat(nak kata mengutuk pun cm boleh juga la). x mengada-ngada. x menggedik macam sesetengah perempuan yg pernah aku kenal dulu. itu yg membuatkan aku tertawan dengan dia. aku ingat lagi peristiwa semalam time kat dalam bas lepas habis training futsal. budak2 terancang 'bahan' aku dengan dia habis-habisan. aku rasa kalau aku jadi dia memang bengang seribu kata. tapi dia bleh gelak2, rilek & cool. aku memang x sangka. bila aku kira balik. dh lebih kurang 6 bulan aku tunggu dia. wah...lama gak 2. walau dah stengah tahun aku menunggu dia. sikit pun perasaan aku x pernah pudar. aku rasa semakin hari semakin kuat perasaan aku terhadap dia.
Balqis....
walau kau x bagi jawapan tentang hati aku ni. aku tetap akan tunggu kau. aku akan berhenti berusaha untuk mendapatkan kau. aku x kisah kalau satu dunia ketawakan aku sebab x henti2 menunggu kau. sbb aku akan stia menunggu. sbb kau dah 'culik' hati aku. kau kurung hati aku dalam sangkar rindu yg membuat aku x boleh melupakan kau. cuma kau belum mngizinkan aku mengambil hati kau sebagai gantinya. xpe. aku akan tunggu masa tu. aku berdoa & berharap masa tu akan menjadi kenyataan. sekali kau beri aku peluang tu. x akan aku sia2kan. sebab aku tau. peluang tu x akan datang untuk kali yg kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan